SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN JIWA

Monday, 16 December 2013

BILA TERINGAT BARU NK UPDATE..HEHEHE

Sekian lama tak update blog nie sebab sibuk wat blog untuk assignment kt kolej.
hari-hari ada kerja yang perlu di buat. Walaupun baru sem pertama tapi dh banyak assignment yang agak complex mcm wat interview,poster, blog and mcm-macam ag lah.
 siapa cakap hidup sebagai seorg student nie senang. Tiada kerja yang senang dalam dunia nie, nk mkn pn susah kalau xda duit, tido pn susah taw kalau nk tido ada orang wat bising tengah2 mlm.
macam-macam perkara perlu dihadapi taw.

#releasestress

Thursday, 27 June 2013

PERINGATAN BUATMU TEMAN



Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata



HARI PERTAMA KERJA DI 7 ELEVEN.27 JUN 2013

Dua hari tak bleh update blog sebab tak ada line internet.Hari ini hari pertama masuk kerja di 7E. Cari pengalaman baru dan kumpul duit untuk sambung belajar.Alhamdulillah semua kawan2 baik-baik belaka.  Ramah tamah dan macam-macam kerenah. Manager situ pun bagus banyak bagi tunjuk ajar nak buat kerja dekat situ. Tapi hari ini habis baju semua basah sebab kena hujan. pergi kerja basah-basah tambah pulak dengan kesejukan penghawa dingin dekat tempat kerja buat badan semua menggihil kesejukan. Tapi apa nak buat kerja jugak lah dalam keadaan sejuk tu. Dalam pukul 3petang balik rumah untuk mandi dan salin baju yang basah tadi. Makan makanan di rumah lebih enak rasanya dari keluar makan di kedai..Masuk kerja semula jam 3.45petang dengan semangat baru, buat kerja kemas-mengemas di tempat susun barang , periksa tarikh luput barang jualan dan belajar serba sedikit perkara yang baru.Habis kerja jam7malam, terus pulang ke rumah.Masa untuk rehatkan badan,rehatkan minda.

Monday, 24 June 2013

HARI YANG PENUH KEJUTAN. 24 JUN 2013

Hari ini pada waktu pagi rutin harian macam selalunya sahaja sehinggalah saya diejutkan oleh khabar berita melaui sms bahawa ayah kepada kak ira(kakak tempat keja yang rapat) meninggal dunia hari nie. inalillahiwainnailahirajiuun.Jenazah dikebumikan pada pukul 6 petang tadi. Saya agak terkilan sebab tak sempat tengok jenazah sebab abah saya pulang dari kerja lewat.Ketika saya pergi rumah jenazah semua orang sudah tiada di rumah.Kita sedekakan umul kitab al-fatihah kepda jenazah pakcik Azaman semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di sisi Allah.amiin. Yang dijemput pergi sudah tentu tidak akan kembali.Kita yang hidup harus tingkatkan amalan-amalan yang menjadi saham kita di akhirat.Sambil- sambil mencari rezeki jangan lupa pada temujanji yang wajib ditunaikan 5 kali sehari.Jadikan hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Kita semua pasti akan dijemput pulang ke rahmatullah kelak cuma kita belum tahu bila waktunya.Di sini saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat post2 saya yang tidak disenangi oleh kalian serta kepada yang mengenali diri ini, ampunkan lah hamba yang lemah ini.Ingatlah teman dosa dengan Allah akan diampunkan sekiranya kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh tapi dosa dengan manusia hanya kemaafan daripada manusia itu juga jalan untuk menebus segala dosa yang pernah dilakukan. Seperti kata Dr. Muhaya, sebelum tidur haruslah kita memaafkan orang lain dengan ikhlas supaya kita dapat peroleh ketenangan dan kebahagiaan.Terutama kepada suami isteri digalakkan bermaaf-maafan sebelum tidur bak kat Tan Seri P.Ramli,Apatah lidah lagi tergigit apalagi suami isteri.Kejutan seterusnya ialah saya diminta masuk kerja lebih iaitu pada 27 Jun nie,Allahamdulillah.Lagi satu kejutan adik (kenalan rapat) dimasukkan ke   hospital besar georgetown kerana disuspek terkena jangkitan denggi. Niat  di  hati ahendak pergi ziarah tetapi dimaklumkan wad yang dia duduk tu wad kuarantin cuma ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja boleh masuk.Jadi hanya doa yang mampu dikirimkan buatmu semoga cepat sembuh.Kami sayang hampa taw...nanti dah tukar ke wad biasa insyaAllah kami pergi melawat ramai-ramai..hehe

JALAN-JALAN DI QUEENS BAY MALL 23 JUN 2013

Sebenarnya dirancang 4 org akan pergi keluar sekali,tapi last2 2 orang jea yang keluar pergi QB. Kawan yang sorg nie pun dia ajak boyfriend dia pergi sekali.Nak dikata apa lagi kn. jadi, tinggal lah sorang-sorang meronda dalam QB. Ronda kedai peralatan komputer dan telefon bimbit dengan niat nak beli usb telefon bimbit, tapi sayangnya tak jumpa.lepas tu pergi POPULAR cuci-cuci mata tengok novel. Niat hati nak cari novel yang islamik seperti karya Habiburrahman al-shirj tapi tak ada. yang ada semua novel cinta yang jalan cerita hampir sama. Bukan tak minat novel cinta-cinta nie tapi malas nak felling-felling bak kata orang. Disebabkan terlalu bosan ,jadi pergi jalan-jalan kat tepi pantai sorang-sorang sambil sembang dengan kawan  melalui telefon bimbit jap. Dah habis sembang  tiba-tiba ternampak gerai kecil jual selendang, tudung, keronsang,gelang buatan tangan dan macam-macam lagi.Lebih teruja lagi apabila melihat pemilik gerai tu adalah remaja yang baru berusia19 tahun.siap dah ada bisnes online lagi.Hebat kan.. Atas rasa kagum dengan usaha mereka ,saya membeli sehelai tudung dan seutas gelang tangan buatan tangan yang unik. Sayangnya tak boleh upload gambar sebab usb tak ada.humm.Lama jgak sembang dengan adik-adik tu sementara menunggu merpati dua sejoli sampai untuk jemput saya pulang.Sampai rumah dalam pukul 6.30petang macam tu. Rasa badan agak letih jugak sebab banyak berjalan.Selesai sudah misi pertemuan dengan kawan di QB walaupun seorang.Apa-apa pun terima kasih sebab sudi ajak saya keluar jalan dan tak dilupakan kan kepada adik-adik yang buat bisnes tu teruskan usaha semoga perniagaan bertambah maju  dan terima kasih sebab sudi temankan akak di tepi pantai,hehe,

Saturday, 22 June 2013

Allhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Syukran ya Allah atas segala pertolongan mu memudahkan  segala urusan ku. Perkara yang indah pabila dapat bertentang mata dengan sahabat-sahabat handai yang sering dirindui dikala berjauhan. Begitu kuat ikatan ukhuwah yang terbina atas pertalian saudara seislam. Hari ini terlakar lagi wajah kegirangan oada wajah saabat-sahabatku serta guru-guru ku yang sekian lama tidak ditemui dek kerana kesibukan meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan suka dan duka.Walaupun tidak ramai sahabat yang ku temui hari ini tapi ku bersyukur padamu Ya Rabb kau telah pertemukan jua kami dalam satu pertemuan yang sederhana namun jelas membawa seribu makna bagi diri ku ini.Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sudi menemuiku di HAKOS SMK Seri Bali Pulau, Ajirah , Amira, Hanani,khusaini,dastur serta yang lainnya.
Sesungguhnya senang rasa di hati ini apabila menatap wajah-wajah kalian semua.Setiap gurau senda dan gelak ketawa cukup membuat hidupku ceria.Satu lagi kisah gembira yang ingin ku kongsikan, setelah ulang dari HAKOS,tiba masa untuk menghadiri temuduga kerja di 7eleven.Alhamdulillah ku diterima kerja disana mulai 5 julai ini. Semoga hasil daripada pekerjaan ini mampu menampung pembiayaan untuk ku melanjutkan pelajaran di KPTM pada bulan 9 tahun ini.amiin..hehe. Sebolehnya ku tidak mahu membebankan abah ku untuk membiayai pelajaran ku ini. Kos pembelajaran adikku sahaja sudah cukup membuat abahku berasa susah walaupun tidak diluahkan olehnya namun ku tahu abahku bekerja siang malam kadang sehingga tidak lelapkan mata semata-mata untuk memenuhi keperluan kami.Biarlah ku berusaha sendiri dengn bekerja. sekurang-kurangnya ku dapat merasakan betapa sukarnya mencari secebis rezeki untuk menyara kehidupan yang semakin tinggi kosnya.Abah, kakak akan bantu  setakat mana yang kakak mampu. Adik-adik, kakak akan cuba penuhi kehendak kalian sedaya mungkin,jika tidah kesampaian maafkan kakak. Biar kita hidup dalam kesederhanaan asalkan kita bahagia.Ini sahajalah nukilanku untuk hari ini.

Friday, 21 June 2013

Reunion di HAKOS SMK Seri Balik Pulau-22 JUN 2013

assalamualaikm...sekian lama x update blog...terlalu sibuk dek kerja seharian... pada esok hari adalah pertemuan yang amat ku nantikan,bertemu dengan sahabat-sahabat handai di zaman persekolahan yang sering membuat diriku mengukir senyuman bila mengenangkan setiap kenangan yang terlakar . Gelak tawa yang tiada hentiya, kesedihan  dan kebahagiaan di kongsi bersama, tidak dilupakan ragam guru yang  tidak pernah jemu mendidik, merekalah guru,merekalah motivator, merekalah juga ibu bapa kami di sekolah, melayan setiap kerenah pelajar dengan penuh kesabaran, meskipun marah senyuman tetap terlakar di wajah. Walaupun kami semua telah berjauhan untuk menentukan masa depan masing-masing, namun ukhuwah yang terjalin tidak pernah terlerai walau seinci.Setiap lembaran kenangan yang terlakar adalah milik kami semua. Yang baik itu adalah daripada Allah...Yang buruk daripada kelemahan kita sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...