SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN JIWA

Saturday, 22 June 2013

Allhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Syukran ya Allah atas segala pertolongan mu memudahkan  segala urusan ku. Perkara yang indah pabila dapat bertentang mata dengan sahabat-sahabat handai yang sering dirindui dikala berjauhan. Begitu kuat ikatan ukhuwah yang terbina atas pertalian saudara seislam. Hari ini terlakar lagi wajah kegirangan oada wajah saabat-sahabatku serta guru-guru ku yang sekian lama tidak ditemui dek kerana kesibukan meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan suka dan duka.Walaupun tidak ramai sahabat yang ku temui hari ini tapi ku bersyukur padamu Ya Rabb kau telah pertemukan jua kami dalam satu pertemuan yang sederhana namun jelas membawa seribu makna bagi diri ku ini.Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sudi menemuiku di HAKOS SMK Seri Bali Pulau, Ajirah , Amira, Hanani,khusaini,dastur serta yang lainnya.
Sesungguhnya senang rasa di hati ini apabila menatap wajah-wajah kalian semua.Setiap gurau senda dan gelak ketawa cukup membuat hidupku ceria.Satu lagi kisah gembira yang ingin ku kongsikan, setelah ulang dari HAKOS,tiba masa untuk menghadiri temuduga kerja di 7eleven.Alhamdulillah ku diterima kerja disana mulai 5 julai ini. Semoga hasil daripada pekerjaan ini mampu menampung pembiayaan untuk ku melanjutkan pelajaran di KPTM pada bulan 9 tahun ini.amiin..hehe. Sebolehnya ku tidak mahu membebankan abah ku untuk membiayai pelajaran ku ini. Kos pembelajaran adikku sahaja sudah cukup membuat abahku berasa susah walaupun tidak diluahkan olehnya namun ku tahu abahku bekerja siang malam kadang sehingga tidak lelapkan mata semata-mata untuk memenuhi keperluan kami.Biarlah ku berusaha sendiri dengn bekerja. sekurang-kurangnya ku dapat merasakan betapa sukarnya mencari secebis rezeki untuk menyara kehidupan yang semakin tinggi kosnya.Abah, kakak akan bantu  setakat mana yang kakak mampu. Adik-adik, kakak akan cuba penuhi kehendak kalian sedaya mungkin,jika tidah kesampaian maafkan kakak. Biar kita hidup dalam kesederhanaan asalkan kita bahagia.Ini sahajalah nukilanku untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...