Monday, 24 June 2013
HARI YANG PENUH KEJUTAN. 24 JUN 2013
Hari ini pada waktu pagi rutin harian macam selalunya sahaja sehinggalah saya diejutkan oleh khabar berita melaui sms bahawa ayah kepada kak ira(kakak tempat keja yang rapat) meninggal dunia hari nie. inalillahiwainnailahirajiuun.Jenazah dikebumikan pada pukul 6 petang tadi. Saya agak terkilan sebab tak sempat tengok jenazah sebab abah saya pulang dari kerja lewat.Ketika saya pergi rumah jenazah semua orang sudah tiada di rumah.Kita sedekakan umul kitab al-fatihah kepda jenazah pakcik Azaman semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di sisi Allah.amiin. Yang dijemput pergi sudah tentu tidak akan kembali.Kita yang hidup harus tingkatkan amalan-amalan yang menjadi saham kita di akhirat.Sambil- sambil mencari rezeki jangan lupa pada temujanji yang wajib ditunaikan 5 kali sehari.Jadikan hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Kita semua pasti akan dijemput pulang ke rahmatullah kelak cuma kita belum tahu bila waktunya.Di sini saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat post2 saya yang tidak disenangi oleh kalian serta kepada yang mengenali diri ini, ampunkan lah hamba yang lemah ini.Ingatlah teman dosa dengan Allah akan diampunkan sekiranya kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh tapi dosa dengan manusia hanya kemaafan daripada manusia itu juga jalan untuk menebus segala dosa yang pernah dilakukan. Seperti kata Dr. Muhaya, sebelum tidur haruslah kita memaafkan orang lain dengan ikhlas supaya kita dapat peroleh ketenangan dan kebahagiaan.Terutama kepada suami isteri digalakkan bermaaf-maafan sebelum tidur bak kat Tan Seri P.Ramli,Apatah lidah lagi tergigit apalagi suami isteri.Kejutan seterusnya ialah saya diminta masuk kerja lebih iaitu pada 27 Jun nie,Allahamdulillah.Lagi satu kejutan adik (kenalan rapat) dimasukkan ke hospital besar georgetown kerana disuspek terkena jangkitan denggi. Niat di hati ahendak pergi ziarah tetapi dimaklumkan wad yang dia duduk tu wad kuarantin cuma ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja boleh masuk.Jadi hanya doa yang mampu dikirimkan buatmu semoga cepat sembuh.Kami sayang hampa taw...nanti dah tukar ke wad biasa insyaAllah kami pergi melawat ramai-ramai..hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment